HALAMAN

2/20/13

ayam cemani

19/2/13


utk hari raya cina lepas 2013, bapak mertua aku sembelih 3 ekor ayam cemani yg reject, maksud reject ada color2 putih sedikit pada tubuhnya, kita org buat sup dan masak goreng kunyit. rasa mmg mcm ayam kampung cuma color dia hitam legam la :). untuk kesihatan ramai org mengamalkan sup ayam hitam ni. ok juga la layan sup dia .


ekor ayam ni dia melentik/ melengkung ke atas. kepada sesiapa yg nak ternak cemani ni, boleh call aku di 012-9151424 zali, harga utk sepasang cemani matang rm4500. fuhh dengar harga mmg mahal, kalau korang nak tahu, masa aku dan bapak mertua beli sekor cemani dari indon mereka jual rm7000 sepasang, nak pakai untuk rumah buat ubat di rumah burung walet punya pasal, beli la jugak, maklumla rumah burung wallet yg kami buat dah cecah 100 ribu lebih, dah 2 tahun burung masuk hanya ada 9 ekor tak bertambah2, walaupun kawasan sekitar mmg terkenal byk wallet. penggunaan darah cemani ni atas nasihat consultant dari indon juga, dia yg buat kursus dan ceramah masa pak mertua ke indon utk melawat projek burung walet. dari projek 100 ribu ni lingkup terus rugi, spend rm7000 pun terpaksa di lakukan utk darah cemani, so sekarang ni rumah burung walet dah mula bertambah waletnya, hepi la jgak. mistik la pulak benda2 gini :)




cemani yg ni pulak dah dibeli dek orang , cuma sempat ambil gambar nya saja :)


 cemani betina di bawah ni baru turun ke tanah, dia ni tengah mengeram , aku tengok telur dia kecil mcm ayam kampung , baru 3 hari mengeram, induk ni dah 2 kali bertelur


 cuti raya cina lepas, balik ke kampung mertua di besut aku tengok ayam bapak cemani yg mertua aku ternak tidak banyak yg tinggal, antara yang masih ada hanyalah beberapa ekor bapak cemani serta induknya, anak cemani adalah juga beberapa ekor :). yg bapak cemani di bawah ni muda lagi taji pun baru keluar setengah inci .



 untuk pengetahuan ayam2 cemani yg ada di bawah ini telah pun selamat menjadi kepunyaan orang lain, dalam erti kata lain telah di jual kepada pembeli . sekarang ni stok ayam cemani yg ada adalah seperti di atas, tu atas ada gambar :) .

......................................................................................................................................................................
lama sungguh tak update blog dan berkongsi cerita apa aktiviti yg aku lakukan sekarang. hmm buat masa ni kerja2 menternak ayam kg berjalan seperti biasa, penjualan rumput napier india dan ambil upah buat mesin eraman pun seperti biasa.






tapi sekarang ni aku dah mula membiakan ayam "cemani" tapi bukan di melaka , aku tempatkan di rumah pak mertua di terengganu. tujuan membiakkan spesis ayam cemani ni ialah bertujuan untuk memulihkan rumah burung walet pak mertua aku yg kurang dgn bilangan waletnya.

apabila mendapatkan khidmat pakar sarang burung walet dari indonesia, mereka boleh membantu tapi dgn menggunakan darah ayam hitam (cemani) . harga ayam cemani kita semua sedia maklum, seekor boleh capai ribuan ringgit. nak dapatkan yg betul2 hitam juga susah, ada saja calit putih yg boleh kita jumpai di tubuh ayam cemani ini, tapi apabila kita biakkan, pasti terdapat anak2 yg mengikut darah keturunannya yg lama2. maka ayam cemani yg betul2 hitam di seluruh tubuh dapat di perolehi. pilih jer mana yg berkenan untuk sembelih utk tujuan pulih rumah walet tadi.

bagi sesiapa yg inginkan ayam hitam ni, boleh la hubungi aku 0129151424 (zali)

6 comments:

  1. salam bro...
    nak dpt anak ayam cemani bleh ke....

    ReplyDelete
  2. salam bro...
    nak dpt anak ayam cemani bleh ke....

    ReplyDelete
  3. bos tahun lepas saya tengok kat ulu langat selangor ada 4 pasang cemani bulu rontok atau togell.. lidah dia hitam atas bawah serta krongkong..buruk je rupa dia. tapi kata org itu yg mahal..
    Yang bulu kapas pnuh mcm awak punya pun dia ada..tapi masih npk imbasanbiru hijau walau ayam tu hitam pnuh.

    kalu awak minat saya bole rekomaen.. razak 0192299119

    ReplyDelete
  4. salam,
    sepasang (jantan /betina) anak ayam cemani berapa ringgit???
    sy mhu bli...

    ReplyDelete
  5. salam..adakah darah ayam ni pun berwarna hitam?

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen anda :)