Produk untuk jualan

rumput napier india

manual mesin eram

himpunan kisah dari 2007

HALAMAN

12/8/11

telur ayam di beli dari pasar melaka sentral da menetas

 ok ingat lagi tak mengenai telur yg aku beli di pasar melaka sentral lepas. tarikh masuk telur 20/11/11 . semalam da mula tebuk lubang 8/12/11 .cuba perhatikan macam ada tajam jer dekat telur ayam tu. telur angsa yg sebiji tu masih lagi menunggu hari jer ni. mungkin lagi 10/14 hari kot. sama2 la kita nanti k.
 telur kalau di beli dari pasar ni bukan nya semua ok, ada masa kalau kita beli 10 biji, 1 biji pun tak menjadi utk di eramkan. keadaan nya hampir serupa setiap kali membeli telur ayam dari pasar ni. aku beli telur ayam hari tu dekat 14 biji juga la. selepas 4 hari aku suluh, hampir separuh tiada urat darah, yg nampak urat darah pun tak kuat sangat jalinan darahnya . itu menandakan yg telur tadi telah di simpan lama. kalau kita semua nak tahu, lagi lama telur ni kita simpan, kadar tetasannya lagi rendah. benih nya akan lemah dan akhirnya masuk angin dan mati.



 telur yg coklat ni pulak, telur ayam daging. ingat tak telur yg 2 biji mula2 aku test masuk dulu, da menetas dan cargas anak2 ayam tadi. dari pemerhatian kita semua, warna kulit telur ni juga dah membolehkan kita mengetahui jenis ayam ni tadi. kalau ayam kg, telurnya lebih kepada warna krim dan putih. kalau jenis ayam daging , ia lebih bewarna coklat.
 da keluar pun sekor anak ayam ni , aku bangun jam 4 pagi tengok mesin eram da menetas :) . yg sebelah lagi tu masih lagi berusaha nak keluar la tu.
 huruf G. memang seawal aku menyuluh telur yg di label G ni jalinan darahnya mmg hebat, corak labah2 nya mmg jelas kelihatan, dan aktif..
 ni pula telur H, pun da mula retak
 ok 3 ekor da keluar, tinggal lagi sekor jer la  yg belum nak keluar. tp masa aku nak pi kerja tadi , aku tgk da menetas ke-4 nya.

kalau kita ada "kitchen tissue" / tisu dapur tu, boleh la letak atas jaring tadi, utk kasi anak2 ayam tadi lepak kejap. da agak tegap, kita boleh keluarkan anak2 ayam tadi utk di beri minum dan makan k. jgn biarkan dia lama sgt dlm mesin , nanti dia akan mudah kena sawan panas . kepala mula la melentok ke atas kaki kejang.

2 maklum balas:

  1. comel2~&best dpt anak ayam baru

    ReplyDelete
  2. lepas ni kita tunggu anak angsa plak kalau xda masalah akanmenetas nanti yeay :P

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen anda :)

 

2009 ·zali agro farm by TNB