HALAMAN

12/6/10

TELUR ANGSA, ITIK DAN AYAM DALAM MESIN ERAM

video 

buat masa sekarang ni, paling syiok anak angsa da mula menetas, ayam dan itik pun da mula bertambah. bila tengok cuaca kejap2 hujan, mmg agak berisiko untuk anak2 ayam ni jadi bertenaga. kalau tak betul2 mmg tak lama la usianya. so langkah yg patut di ambil ialah dengan menyediakan "brooder" yg baik dengan dilengkapi sumber haba yg mencukupi kalau musim tak hujan tak letak mentol pun tak per sbb kurang sejuk.

                                                                                         
terasa seronok la pulak bila tengok anak2 angsa aku n i menetas . sebenarnya tips untuk menetaskan telur angsa ni mmg ada jika guna mesin eram ni. mmg ramai yg gagal untuk tetaskan telur angsa dgn baik. termasuk la juga dgn aku mula2 dulu. byk telur yg rosak. ada anak angsa yg menetas tapi kepala dia besar (cacat) sebab suhu panas sangat kot. tapi sekarang ni semuanya ok. dan aku gunakan mesin eraman yg aku buat sendiri untuk penetasan angsa2 ini. kalau dulu aku gunakan mesin eraman apek muar, kini aku lebih yakin dgn produk aku sendiri. 


video


video

so pada sesiapa yg bermasalah dgn mesin eraman, sebenarnya , kita bermasalah dgn :

1) suhu .
2) cara set suhu, 
3) cara nak baca suhu yg betul
3) thermostat rosak


suhu ni mmg  penting dlm kejayaan penetasan selain dari  pemilihan telur yg baik . ok la nak upload video ada jer masalah server ni, so aku uploadkan la beberapa keping gambar.

 basah lagi anak angsa ni, maklumla baru jer keluar dari telur :) . kalau tengok di bawah ni, mesin eraman yg aku gunakan untuk tetaskan angsa ialah dari jenis yg boleh di jadikan brooder. tujuannya ialah, apabila anak2 angsa tadi da menetas, aku akan alihkan dia ke bahagian bawah, apa bila dia da berusia 1 hari. so anak2 angsa ini akan duduk kat bawah tu selama 2 hari , masuk hari ke-3 aku alihkan ke dalam reban didik lain, dan di beri minum serta makan dan untuk haba aku bekalkan mentol 40 wat . da kuat sikit, kira tengok dia dah tegap baru la aku matikan lampu dan kasi makan sayur2 sikit.



 comel nya anak angsa putih ni, aku harap ada lagi la anak2 angsa putih yg keluar lepas ni, byk yg kelabu jer ni. tapi tu la kan, belum apa2 orang da cop dulu. nak tahan tak boleh , kalau mati aku lagi rugi , so letgo jer la harga kawan2 :)






                                                                                            

1 comment:

  1. Tumpang lalu..err..ada jual telur angsa tak? Dha jenuh saya cari..nak buat ubat..cukup 3 biji..

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen anda :)