HALAMAN

10/7/14

rumput napier india

7/10/2014

Selesai sudah penghantaran benih rumput napier India ke Banting, Selangor bertemu dgn en. Lehan dan kawan2. masa utk menanam sangat sesuai skrg sbb hujan dah mula turun di beberapa negeri sekarang, jadi proses siraman utk 2 minggu pertama dah dapat skip :)






29/1/2014

kepada semua sahabat yang berminat ingin mendapatkan bekalan benih napier india boleh contack saya di talian 012-9151424. boleh contack saya jika memerlukan apa2 maklumat berkaitan dengan jualan napier india ini .



10/9/2013

jualan untuk benih napier india dan napier merah masih lagi berjalan seperti biasa, kepada yang berminat harganya ialah :

1)benih napier india = rm16 sekilo, kalau beli banyak boleh kurang harga
2)benih napier merah = rm10 sekilo, beli banyak boleh kurang harga

 beza antara napier merah dan napier india dari segi warna dan juga kandungan protien.

                      


 19/2/13

untuk seguni benih napier india ada 16 kg = rm250 siap pos ke seluruh semenanjung malaysia, sabah dan sarawak lain harga posnya. kalau sesiapa nak tanam untuk tanah suku ekar, kena gunakan dalam 12 guni


.................................................................................................................................................................
15/3/2012

ramai yang cakap napier india ni susah nak tanam :) . sebenarnya jika kita ni tahu bagaimana nak menanam pokok, tak la susah sgt tanam napier ni sbb dia ni jenis lalang, yg menariknya, bahagian hujung yg muda pun boleh keluar akar, x perlu la tunggu dah tua. sbb ada kala yg tua agak susah mahu keluar akar.

semua batang napir ni kita kena rendam dlm air selepas 4 hari cuba tgk dia da mula keluar akar putih tu. biarkan akar tu besar sikit lagi 2 hari baru tanam, pucuk pun da mula keluar. jgn lupa buat sungkupanjika tanah kita tanam tu direct ke matahari.

 
cuba tengok betul2, batang yg muda iaitu yg batang paling hujung sekali juga mampu keluar akar.





 
letak dalam botol pun leh hidup, mmg dasar lalang :P



11/11/2011

pagi ni aku ambil gambar napier india yg sama di mana aku dah tebang batang napier india yg asal, cuba lihat terdapat byk anak pokok napier india yg tumbuh di pangkal batang napier yg aku cantas tu :) ...






13/10/2011

bagi mereka yang duduk di taman atau di tempat tidak ada banyak tanah untum menamam rumput napier ni, tak jadi masalah kerana napier ni boleh tanam kat dalam pasu :) cuba lihat napier yang saya tanam ni, betul punya gemuk dia naik :


bertukar >>>>>>>>>>



bertukar lagi >>>>>>>>>>>>>


napier india ni kalau di lihat dari awal cuma ada 2 mata benih sahaja, tapi bila dah hidup tgk la berapa mata benih dia muncul, fuhh sebab tu la dia ni lebih baik dari napier taiwan. dah la banyak cambahan amta, pastu protien nya tinggi. jadi tanamla napier india ni, gambar terbaru kalau ada saya akan update di sini, bolehla kita lihat tumbesaran pokok napier ni tadi sama2

18/2/2011

sekarang ni napier yg aku tanam bulan lepas da mula membesar, syiok betul tgk :) . hari lak asyik hujan jer bulan lepas, tengok daun dia hijau sehat . kalau mcm ni da boleh harvest / tuai . tapi aku nak biarkan dia rimbun lagi baru aku tuai. so kawan2, tanam la rumput napier jenis india ni, mmg rumpunnya sangat lebat berbanding dengan napier taiwan atau napier tempatan yg org duk panggil rumput gajah di tempat kita ni .






kalau korang perasan la, kawasan reban kita ni kalau di pagarkan untuk ternakan ayam,itik atau angsa susah nak tengok rumput tumbuh dengan byk. sebabnya ternakan kita tadi duk  makan rumput2 yg ada di situ. jadi jalan terbaik ialah dengan kita menanam rumput ni utk di jadikan makanan tambahan haiwan ternakan kita tadi. pokok betik dan pisang serta ubi kayu juga baik jika kita tanam di samping menanam rumput napier  ni. semuanya ialah untuk menjimatkan kos, dan bak kata mata salleh "back to nature" :) . duit jimat, ternakan kita sihat dan tidak tercemar daging nya.

2/1/2011

hari ni aku kena siap2 kan pesanan dari kawan2 yg beli napier india ni. tgk saja la akar nya, fuhhh gilerk :) . balik rumah rendam dalam guni basah atau kain basah selama 3 hari mmg bercambah la urat baru dia . kalau nak terus tanam pun cun gak  :)





da siap pack elok2 ni, esok boleh la pos. takda masalah 2/3 hari sampai la ke tangan tuan baru nya ni.



 banyak betul anak yg akan keluar dekat pangkal ni nanti.mata tunas pun boleh tahan jer tu.


balik terus tanam jer 








video



 1/1/2011

sekarang ni musim hujan dan sejuk jer. pada sesiapa yg nak tanam rumput napier tu boleh la bermula dari sekarang. masa2 mcm ni mmg sesuai.  bila da harvest / tuai, boleh alih dan kembangkan batang napier tadi di tempat lain, mmg membiak la rumput ni hehe.















lepas jer subuh aku terus ke belakang rumah untuk melihat benih napier yg aku da simpan 3 hari lepas dalam baldi dgn guni basah. napier ni kalau kornag nak tahu, bukan saja sesuai untuk di beri makan kat lembu dan kambing, malah ayam , itik dan angsa pun boleh kita kasi. tak caya tgk tu : )

sebaiknya rumput napier ni kita gantung jer , biar dia ragut, kalau campak kat lantai nanti mmg tak elok la sbb dia akan kotor, dan kena pijak2 lak nanti. kalau ada masa ada baik juga kita racik halus2 pastu gaul dgn dedak atau nasi biar tambah sihat la sikit ternakan kita ni .

angsa mmg suka kalau bab makan rumput ni, selain dari daun pisang, rumput napier satu dari alternatif lain kita boleh jadikan makanan hiliran ternakan unggas kita ni. so tak da la si angsa ni tadi kekurangan zat makanan. maklumla bila da ada ayam itik, angsa pasti rumput pun tak sempat nak tumbuh, habis kena ragut, so jalan penyelesaian nya ialah dgn memberi makan daun pisang atau rumput napier ni.

kalau kita lihat, rumput napier ni juga di kenali dgn nama lain rumput gajah. kalau kat semak2 tepi jalan mmg byk betul. tapi kita harus maklum bahawa napier ni ada byk jenis, tapi yg paling hebat setakat ni ialah napier india. kandungan protien yg mmg tinggi berbanding dgn napier taiwan dan napier liar lain.

lagi pula, napier india ni tadi kalau kita tanam dia punya cambah lebih byk berbanding dgn napier lain. kurang la juga berbulu pada pelepah daun nya, sbb tu la unggas2 ni suka :). ada sesetengah napier berbulu2 , kita pi mengambilnya pun terasa miang semacam jer, tak tahan.

 gantung jer mcm ni, tengok tu tak sampai 10 minit da tinggal lidi jer napier tadi haha . bagus2 janji khasiat dpt di rasa sesama ok.

 kalau boleh jgn gantung meleret kat tanah, agak2 la tinggi nya .

 rendam dulu kasi akar bercambah, dpt 3 hari cukup la. kalau tanak rendam pun takper, letak jer dlm guni basah dah ok, mana latahu kut2 rendam busuk batang nya nanti. tak pun nyamuk dtg bertelur.



tanam jer kt tepi pagar, janji takda lembu dan kambing jiran yg lepas, kalau tak sapan la jawabnya.




48 comments:

  1. owh... rumput napier namenye ye. kat selandar ni banyak sbb ramai org bela lembu. mereka tanam jugak kot... huhu

    ReplyDelete
  2. aa rumput ni byk jenis. tapi jenis yg paling bagus dari india. sebab kurang bulu penyebab miang pada pelepah daun dan batangnya :)

    ReplyDelete
  3. saya beternak di rangkas bitung banten indonesia. berminat untuk membeli bibit dari bapak zali. bisakah? adakah email yang bisa saya hubungi? terima kasih sebelumnya

    wahyu_whys@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. saya peternak dari banten berniat menanam rumput india di kebun saya. berapa harga benih rumputnya sekaligus biaya pengiriman? adakah email yang bisa dihubungi?

    wahyu_whys@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. encik zali tinggal dimana

    ReplyDelete
  6. En zali, kalau saya nak beli benih rumput nie dalam kuantiti yg besar mcm mana? Boleh supply tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer. contack saya 0129151424 . sementara stok masih ada

      Delete
  7. Salam,
    En.Zali benih rumput napier India ni ada lagi tak?saya nak cuba tanam kat kebun saya ni.Kalu ada call/sms saya 0139345890.En.Fadli.Tq

    ReplyDelete
  8. Nice Blog ! Thank you for your very nice articles. I look forward to visiting your site in the future! I like this very much.
    Methods of Modern Farming

    ReplyDelete
  9. Hi, nama sy pun zali. Hehe.. Sy nak tanye, brapa awk jual akar pokok napier ni? Sy berminat utk beli.. Sila hubungi sy zalidr@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. sye nk beli 2kg napier india..tolong email kan at afiq_factor92@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. saya di sg lembing, kuantan . bagaimana nak order rumput napier ni

    ReplyDelete
  12. salam.jika masih menjual benih napier sila email sy di farrelli_z@yahoo.com.my atau hubungi sy di 0176583460.

    ReplyDelete
    Replies
    1. contack 0129151424 zali. maaf saya jarang jenguk blog

      Delete
  13. salam.sy berminat utk order benih napier india ni,kalau en masih lg menjual sila email sy farrelli_z@yahoo.com.my atau call sy di 0176583460.

    ReplyDelete
  14. Klu nk dlm 5kg sekali dgn kos penghantaran.,berape ye....?

    ReplyDelete
  15. Sy berminat mcm ner cra nk oder? Emel tiacastrova@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Sy dr selangor. Bagaimana nk order napier nie?

    ReplyDelete
  17. Salam. Please email me your best quotes for items below. Tempat penghantaran : MARDI, Serdang. Kami perlukan pada 19 Ogos 2013.

    1. Fresh Chopped Napier Grass (45 days), 2 tons
    2. Soya Bean Hull 100 kg
    3. Dedak Padi 100kg
    4. Jagung hancur 200kg
    5. UREA 10kg
    6. Kapor / limestone 10kg
    7. vitamin (lembu) 10kg
    8. Vitamin (kambing) 10kg
    9. Garam 10kg
    10. NH4CL 10kg

    Thank you

    ReplyDelete
  18. Boleh berikan no. Tel untuk sya mengetahui lebih lanjut tentang penghantaran ke kota kinabalu sabah.sya penternak yang baru sahaja berkecimpung dalam perniagaan kambing ini..tq Adi

    ReplyDelete
  19. Boleh berikan saya quotation anda berkenaan dengan pembekal benih rumput napier india ke kota kinabalu.sabah..urgent
    Adi-0165859783
    E-mail; pantasmajuent@yahoo.com

    ReplyDelete
  20. Tinggal la no tepon cek zali...snang nak wat urusan..sy pn brminat gak nak beli ni

    ReplyDelete
  21. Salam Zul. Saya nak beli ank benih Napier india ni boleh bagi detail.

    ReplyDelete
  22. Salam Zul, Saya nak beli benih Napier ni boleh bagi detail, Zul.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum. .saya nak minta tuan poskan rumput napier india... tlg sms no tuan. 0175678714 cikgu faqhri

    ReplyDelete
  24. Berminat..camne nak order

    ReplyDelete
  25. Dekat manenye saya nak dapatkan rumput napier nie erk....kalau boleh mcm mane nk order erk...kalau boleh emailkan kpd sata norihan_ngah@yahoo.com

    ReplyDelete
  26. Saya berminat utk membeli benih napier india. Macam mana nk order yea

    ReplyDelete
  27. menarik...punyalah banyak kat belakang rumah saya pokok ni...tp yg jenis liar la...memang miang kalu terkena....

    ReplyDelete
    Replies
    1. napier ni di kelas kan dengan beza kandungan protiennya :)

      Delete
  28. tuan tanya sket, apa ciri2 warna napier india ni??. yg merah tu napier apa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. napier india ni kalau nak kenal. anak yg baru nak tumbuh dari tunasnya akan bewarna kemerahan sedikit batangnya. tapi bila besar dia akanjadi hijau. yg merah tu mmg ada jenis napier merah.

      Delete
  29. kalau nak order 2 kilo boleh hantar ke seri kembangan tak? brapa harga nya?

    ReplyDelete
  30. camna nak order

    ReplyDelete
  31. Salam, boleh dak saya membeli dalam kuantiti kurang dari 1 kilo? Saya nak mencuba tanaman ini untuk ternakan angsa saya di Pulau Pinang. Tapi setakat ini saya ada di KL dan tak akan balik dalam masa 1 bulan lagi. Takut beli nanti benih magti tak sempat tanam.

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen anda :)