Produk untuk jualan

rumput napier india

BROODER (INDUK PALSU)

himpunan kisah dari 2007

HALAMAN

1/14/11

jom pergi kedai haiwan : )

8/1/11

ni kedai aquarium jual ikan, tapi kat depan kedai tu ada gak jual ayam, anak kera pun ada hehe. cuma kalau di lihat ayam2 yg dia jual tu byk yg moyok. ni tak lain tak bukan sakit sampar la tu. mmg kesian . korang try tgk gambar2 kt bawah ni.



sian ayam ni moyok, mmg tak lama la tu


yg jantan pun sakit dan tak sihat

hai anak kera ni confirm ibu da kena tembak kot hehe


Lepas aku balik dari puncak alam, aku singgah sekejap kat petsshop yg ada di sana. aku rasa area sh alam kot . tapi mmg betul la kata org , ayam kalau da kena sampar, dl

29/12/2010

jalan2 kat bandar melaka, aku sempat la singgah di 2 buah kedai haiwan. tak sangka pulak ada kedai haiwan terselit di celah2 kesibukan di bandar melaka ni. cumanya macam biasala, anak itik, ayam,angsa burung byk di sini. cumanya aku tgk harga untuk anak angsa di sini berpatutan la juga. rm 120 sepasang (kelabu)







 lokasi kedai haiwan ni kalau nak pergi cuma cari bandar melaka, kemudian pergi ke tempat yg di namakan kampung jawa, kemudian cari jambatan kampung jawa. kedai ni betul2 dekat depan jambatan kampung jawa.

 ni pulak ada lagi satu kedai haiwan yg aku jumpa di area nak ke kg jawa di town melaka ni. kedai yg ni ada mahal sikit haiwan2 yg dia jual. angsa sepasang rm175 woah. 




kalau nak ke sini mudha  juga, cari jer kg jawa, kemudian tanya pergi la cari kedai yg hanya menjual pisang, mmg kedai pisang tu la satu2 nya di kg jawa, org meniaga kat area situ tahu sesangat. so selang 2 buah kedai da boleh jumpa kedia haiwan ni. 


07/12/2010
 




orait, kali ni aku nak stori pasal satu kedai apek ni kt bukit cina melaka. dah lama aku dengar kat kedai apek ni byk jual angsa. pastu dia ada jugak jual itik , puyuh semua tu. so di sebabkan ada free sikit, masa aku rehat makan, aku pi cari kedai apek ni. puas jugak la aku mencari kt bukit cina tu, akhirnya jumpa gak . bak kata org ringan2 kan la mulut ni bertanya, kang sesat tak pasal2 haha. even aku ni org melaka, byk gak jalan yg aku tatau kt melaka ni . :P




bila aku jumpa kedai dia ni, aku nampak 2 ekor anak angsa kelabu dalam keadaan yg ok jer. lepak chill jer may be kekenyangan kot hehe. yg color putih takd ala pulak. aku tgk kat kotak yg lain, wah ada itik telur. pastu byk gak la makanan haiwan yg apek ni jual.


kemudian aku minta izin pi tgk anak2 ayam yg ada di belakang kedai dia tu, sampai kat sana, aku terkejut bila tgk satu mesin pengeram AUTOMATIK yg besar mcm almari baju tesergam indah di tepi aku. kat dlmnya aku tgk bukan main byk lagi telur2 yg tgh di eramkan.


betul la kata kawan opis aku, apek ni mmg ada amek upah eram kan telur. bila di tanya, mmg dia kata ada amek upah tetaskan telur . caj utk setiap telur tadi berbeza. mcm ayam , kasi jer telur sebiji rm1, klu angsa pulak, rm5 untuk sebiji telur bagi upah eram. jadi atau tidak, itula caj yg dikenakan kepada sesiapa yg mahu eram kan telur2 unggas sendiri.





kalu di teliti balik mesin eram apek ni mmg jenis lama. da macam chiller air batu pun ada. so kesimpulannya, apek ni mmg otai bab penetasan telur unggas ni. aku pernah gak la berbual dgn sorang kawan opis aku yg pernah menghantar telur ayam dan angsa untuk di tetaskan, dia cakap apek ni akan check dulu telur yg di hantar dan letak nama tuan punya telur kat kulit telur pastu yg reject dia x amek untuk tetaskan. tetas tak tetas memang kena bayar. kata customer tadi, ayam byk yg jadi tetas, cuma angsa ada masalah sikit. tak pernah yg menetas bila dia bawa utk eram kat apek ni nya mesin. so kesimpulannya, mmg nak tetaskan angsa ni agak mencabar jugak la even pakai mesin eram yg macam ni punya besar.


 cuba tengok termometer yg apen ni guna betul2. dia gak pakai thermometer yg mcm aku jual tu hehe, maknanya otai telah approve kebekersanan thermometer ni. tapi secara peribadi, aku mmg sgt berpuas hati bila guna thermometer yg ni. suhu dia capture mmg tepat berbanding brand lain.


lama gila inkubator ni hehe, siap ada tulisan jawi lagi tu kat syarikat tu punya alamat kedai :)









orait ni antara gambar2 anak ayam dan itik yg aku jumpa kat belakang kedai dia, betul2 sebelah mesin eram dia ni. simple jer cara apek ni handle anak ayam dan anak itik lepas tetas, letak raga, tutup dgn guni jer hehe.





so apa lagi, usya2 la kat kedai dia ni kalau ada kesempatan or tersesat. : )

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
21/11/2010

wazzzzzzzzzzuuuuuuuup :)



ok kali ni ruang jom ronda kita beralih ke arah klang. kat pets shop ni macam2 jenis ternakan kita leh jumpa. ia kepunyaan en. Salim said dgn di bantu anak2 nya iaitu shahidan dan shurahbil. aku sampai da petang so dengan kamera aku lupa nak bawa, hanya amek pic pakai hp jer. aku rasa ok jeuga kot gambar ni. jom kita tengok2 :)











tak lupa juga dengan ayam katik ni, ada juga beberapa ekor ayam serama dan anak angsa putih serta kelabu macam kat bawah ni. stori bab angsa ni, skrg mmg ramai orang nak cari anak angsa, maklumla nak train dari awal jadi guard kt rumah :)








yang paling best la pada aku terarah pada anak ayam gajah. satu masa dulu, anak2 ayam gajah ni mmg cukup famous kat tempat aku, kalau letak confirm akan habis licin nya. skrg payah da nak tgk org jual anak ayam gajah ni, nak cari pun susah, tatau la kalau peniaga anak ayam kt tempat aku da malas nak jual anak ayam gajah atau bekalan takda :) kat pets shop ni byk anak2 ayam gajah. bela x rugi, dia nya berat mmg boleh jangkau 3/4kg senang2 jer. yg paling menarik ialah rata2 ayam gajah ni mempunyai balung mahkota. aku pernah tgk ada sorang tua dia bela ayam gajah ni dan yg betina pakai ibu kampung , satu kali anak2 dia kuar mmg mantab. body besar , balung raja mmg cun la.









lain-lain jenis ayam yg aku tgk ada ayam siam, boleh tahan gak la cantik bulu dia. kadang kala ada orang bukan nak bela ayam siam ni untuk laga, dia cuma suka tgk tubuh ayam tu besar dan berbulu menarik jer :)












di bawah ni la bos petsshop ni, so kalau korang nak cari anak ayam ker, itik ker, angsa ker, semua boleh call terus kat dia. no hp dia :

016-3417174 (salim said)
012-2403267(ahmad syahidan)
014-2254402(ahmad shurahbil)

















-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
01/11/2010


wokeh, kalau semalam aku stori pasal pet shop di bandar baru bangi, hari ni aku nak share skit stori aku pasal jejalan cari pet shop. sekarang ni aku nak stori pasal pets shop di area balakong.



kat petshop ni aku tgk ianya lebih pada ayam exotic harga boleh tahan hehe. mcm kt bawah ni ada mutiara. tapi aku tak syorkan la klu nak beli anak ayam ni kat pets shop ni sbb harga dia melantun mahal berbanding petshop lain.bukan memulaukan tapi hak sebagai pembeli jer :)



bila tgk ayam2 tadi best jer. seronok rasa hati. ayam serama kat sini boleh beli sbb murah, cantik2 plak tu. cuma bukan serama yg pandai mendada la , maklumla serama jenis di jual ni stok tak training dari kecik. lagi pun bak kata otai2 serama yg aku jumpa, blood line serama pun kena check klu nak train utk dptkan dada yg mantop.




yg dalam sangkat ni mcm2 jenis ayam pun ada. hmm aku syor sgt pada sapa2 nak beli ayam belanda cari la kat sini sbb harga dia jauh lebih murah dari petshop lain. so aku leh katakan kat sini, klu nak beli ayam belanda, dtg la sini. tolong promote x dpt komisyen pun :P







kalau angsa tak yah la beli kat sini, mahal gilerk. korang tgk la harga nya pasti terkujat :P












mini cochin pun ada jual. bantam emas dan lain2. burung kakak tua pun ada :). aku terpandang pada 4 kotak , aku rapat , rupa2nya mesin eram telur manual . tapi aku tergamam harga nya berganda2 berbanding dgn yg aku jual. utk 40 biji dia jual rm380. padahal aku baru jer letak harga rm150. manual pun tak ada. bekas air pun tak da.
so pada kawan2 yg seperjuangan membuat mesin eram dgn aku, sebenarnya, kita telah membuat amal jariah yg baik. harap sama2 la kita membantu mereka2 yg perlu kan khidmat mesin kita.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


baru2 ni aku ada ke putrajaya, sewaktu balik, aku terperasan satu pet shop betul2 berdekatan dengan jalan short cut ke putrajaya iaitu melalui jalan dalam dari kilang DENSO . byk gak la ayam serama yg aku dptlihat kat situ. harga pun mampu milik. pada sesiapa yg berminat nak pi usya2 ayam serama boleh la ke sana, pastu boleh tengok lain2 unggas seperti bantam emas, ayam sutera hitam dan putih , merpati pun ada, burung kuang ada gak tak silap aku. aha kat bawah ni ada beberapa gambar yg aku nak share kan bersama.

















-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9/10/10


dalam perjalanan aku dari melaka ke besut, terengganu. aku melalui krak pastu terus ke bentong pahang. sampai di suatu tempat nama nya kampung bharu rekas di bentong kalau tak silap, aku ternampak sorang apek tua dan pembantu dia sedang menurunkan sesuatu di tepi jalan. rupa2 nya dia tgh menurunkan berkotak2 anak ayam dan itik untuk di jual kt situ. aku pun berhentikan kereta dan tinjau la apa yg menarik.

rata2 banyak anak itik dan ayam. ayam kampung punya anak pun ada, tapi harga jgn tanya la, aku jual lagi murah kot haha. takper itu semua ikut selera penjual , no komen. berita baiknya bukan apa, si apek ni boleh kasi murah pada sesiapa yg nak deal dgn dia dan ambil anak2 ayam secara byk la.tak kisah la anak itik pun boleh.

ni antara gambar2 yg aku sempat ambil aritu, so enjoy the pics











aku sempat berbual dgn apek ni, aku tanya kat dia di mana reban dia, dia ckp dia bukan dari perak, tapi dari KL, kira merata2 gak la dia ni jalan. cuma aku tak tanya la reban dia kat mana . dia pun ckp kadang2 kena hambat dgn mejlis daerah sbb jual anak ayam kt tepi jalan. tp sebenarnya cara jual anak ayam kt tepi jalan ni adalah paling best punya marketting. tunggu jer ada yg berkenan, confirm berhenti dan beli. kalau tak takkan dia ni tak serik2 kena halau dgn majlis di mana2 tempat dia singgah hehe.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10/10/10


wah lamanya aku kumpul dan survey tempat mana aku nak buat lawatan, at last jumpa jugak aku tempat baru. bagi peminat ayam serama ini adalah lokasi yg menarik untung di lawati. aku promote ni bukan apa sebab duk seronok tgk ayam nya :) ni ha cuba tgk skit



brother ni mmg ternak ayam serama fulltime. dari apa yg aku nampak pada sisi aku sbg seorang penternak ayam kg la, aku suka sangat pada kebersihan dan keseragaman reban dia yg teratur :) menarik beb .walaupun binaan nya nampak lama tapi kayu yg di gunakan tu mmg baik dan kelihatan di selaputi dgn minyak hitam, kasi tahan lama kot. atau pun di cat , aku tak tgk dgn teliti la plak hehe.









berbual dgn tuan punya reban ni mmg seronok, aku ni bukan la seorang penternak ayam serama, kot dia ckp pasal itu ini aku bukannya tahu sgt pun. tp bila dengar dgn baik apa yg dia nak sampaikan tu mmg menarik. baru la aku fahan serba sedikit pasal ayam serama ni. yg macam mana yg di akatakan Kelas A, yg reject dan harga patut untuk semua ayam2 tadi. semua harga berpatutan dgn kelas nya. maksud aku takkan la kelas reject sampai ratus kan, paling kurang pun anak dia ni jual borong saja mcm rm50 se ekor untuk yg reject. maksud reject tu bukan la sebab cacat, tapi ciri2 tak berapa nak menarik la.yg ni pulak antara koleksi2 yg brother ni ada. color menarik beb. harga leh runding dgn dia. aku nak upload byk gambar tapi yg ni sikit jer la, klu korang tgk lelain mmg syiok tak ingat :)







cuba tgk yg ni pulak mungkin ramai yg duk nak tahu apa la ciri2 perlu ada untuk setiap ayam serama kalau nak masuk bertanding. seluruh tubuh dia di nilai .



jgn memain dia pernah dapat tempat ke-3 untuk kategori anak serama pada tahun 2008. kategori ayam serama ni kalau nak masuk bertanding byk juga. antaranya seperti yg aku letakkan kat bawah ni :



orait sambung stori semula. di bawah ni aku di beritakan mengenai anak2 ayam yg gred A oleh abg.mengikut penternak ayam serama ni, gred anak ayam di tentukan setelah ia berusia lebih dari 2 minggu, atau pun setelah jantinanya boleh kita kenal pasti. masa tu la anak2 ayam ni akan di asingkan . mana yg tiada gred akan di jual secara borong. so harga murah2 la. pada yg mcm aku ni hanya untuk bela asal ada jer, boleh la beli yg reject ni, sbb kalau yg ada gred harga nya mahal skit. walaupun mahal tak la sampai x mampu milik. kira berbaloi juga la :).











hmm at last aku leh la simpulkan bahawa, apa saja penternakan ayam. tak kisah la ayam kampung biasa ker, ayam daging ker, ayam serama ker. konsepnya sama jer. namun market dan harga adalah berlainan . sebab tu la ada di antara penternak yg sanggup buat ternakan ayam ni secara serius kerana dia sudah tahu ke mana hala tuju dan market yg patut dia pegang. contoh mcm abg kema ni, dia kata dia ternak ayam full time. kalau aku la , rasanya masih belum boleh lagi kot utk bikin full time hehe

nni no hp abg. kema call la klu nak melawat sbb tiap2 hari ada jer org dtg tgk reban dan ayam dia ni : 012-9565833 koordinat gps : N 05 49.221 E 102 34.293

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 comment:

  1. assalamualaikum.....
    sya nk tnya skit..
    tmpt ni kt mne...
    leh g thu sya x..

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen anda :)

 

2009 ·zali agro farm by TNB