Produk untuk jualan

rumput napier india

BROODER (INDUK PALSU)

himpunan kisah dari 2007

HALAMAN

7/29/10

chicken incubator, mesin pengeram telur ayam itik angsa puyuh unggas, mesin eram telur ayam itik angsa puyuh unggas

klik di sini untuk ke muka depan blog ini


Penyakit sampar sekarang da mula reda, walaupun saki baki dari penyakit tu tak banyak da tinggal. Sana sini pun orang da mula tak bercerita pasal sakit ayam ni da. sama gak dengan reban aku, semua nya da mula cergas skrg. ayam api2 da mula bertelur, ayam kampung pun galak betul bertelur seolah2 memberikan aku ganti untuk ayam2 yang mati tempoh hari. mesin eram makin penuh, so aku kena la pakai 3 mesin eram berkapsiti 70 dan 120 masukkan telur.

object> video

video

kat sini aku nak share kan sesuatu yg kelakar skit. aku suka gunakan kelambu babe untuk anak2 ayam yg berusia 2 minggu ke bawah. cuba tgk gambar kat bawah ni :) .untuk elakkan nyamuk, kelambu mmg wajar di pakai. kalau sekor da kena gigit nyamuk, mata pun berair mula la melarat2 kat kawan2 yg lain.

Bila ternak ayam ni, konsep kurung atau lepas, kebersihan kawasan luar dan dalam reban perlula di titik beratkan. pada sesiapa yg berjiran dengan penternak ayam yang lain mmg tidak boleh nak elakkan sukarnya nak capai kata sepakat utk handle perkara berkaitan dgn kebersihan ni. kita jaga kebersihan reban dan ayam kita, kawasan dia pulak tercemar, ayam mati pun tanak buang aduh sakit kepala sungguh. yg akan aku tak nak ternak lagi ialah ayam api2/ayam mutiara. ayam jenis ni mmg liar sikit, dia ni kurung mcm mana pun klu terlepas mesti ke luar pergi ke kawasan org, da la mahal bila da kena sakit mati mcm tu saja. apa kata org mati berjemaah, klu mati tu bukan sekor2 sekali 10 ekor terus. sakit kepala wo. nak kurung aja tak sampai hati, sian dia tak leh nak bebas.

sebut pasal bebas ni, aku nampak ada byk baik di bebaskan ayam2 ni, so masa tu la dia nak mengawan , yer la hati senang kan. so semua nya senang la. kalau terkurung tu tgk muka sekor2 murung jer haha.

bersyukur sungguh aku ke hadrat ilahi, sebab setelah habis penyakit sampar ni, ayam2 aku galak bertelur. sekarang ni mesin eram penuh terlebih2 telur . telur2 yg tak dapat nak masuk ke dalam mesin eram aku kasi peluang ayam2 ni mengeram. tapi malangnya , satu kali monyet/kera datang menyerang habis semua telur2 tadi. aduh, tepuk dahi aku bila tengok kulit telur jer yg tinggal bersepah2 lak tu, sabar jer la.

kat bawah ni ada beberapa gambar anak2 ayam aku yg terbaru, baki dari induk2 ayam yg boleh bertahan dari sampar haritu. ada lah dalam 100 lebih, yg ni aku kena didik semula untuk jadikan dia induk plak. maklumla da rugi byk. terpaksa la pandai2 buat apa yg patut.







kat bawah ni, ada gambar mesin eraman untuk yg 150 biji telur. tempahan dari customer dari kuala selangor. apa nak buat keta aku hanya mampu bawak 2 jer mesin ni, 2 lagi tinggal kt umah. sepatut aku jual 4, tapi 2 jer dpt di bawa hari tu. masalah keta tak muat :)

so ni la gambar nya, pada sesiapa yg nak tempah mesin eram utk 150biji telur ayam kampung ni sila la berbuat demikian dgn menelefon aku ya. harga istimewa akan aku berikan :)





No comments:

Post a Comment

terima kasih di atas komen anda :)

 

2009 ·zali agro farm by TNB