Produk untuk jualan

rumput napier india

BROODER (INDUK PALSU)

himpunan kisah dari 2007

HALAMAN

2/7/10

anak ayam 2010

produk terbaru keluaran ZAli Agro Farm

Memandangkan sekarang ni banyak permintaan dari pelanggan yang mahu sebuah mesin yang agak mudah di gunakan, so aku telah hasilkan satu inovasi yang mana jika nak golek telur tak perlu la di buka pintu , so haba tak hilang dari mesin dan kerja membalik telur agak mudah di lakukan :).

untuk harga mesin macam ni sekadar tambah rm20 jer dari harga asal. maksudnya :

untuk mesin = 30 biji telur rm150 jadi rm170
60 biji telur rm180 jadi rm200
100 biji telur rm250 jadi rm270

maklum la sekarang ni orang nak kerja lagi mudah, murah dan senang di jaga :)






Pada sesapa yg berminat nak beli barang-barang di bawah ni, sms / call aku di 012-9151424. waranty dari supplier mmg takda. so aku pun cuma boleh kasi waranty 1 bulan aja.

Thermostat dari Italy (C.A.E.M)



yg kt bawah ni digital Multimeter siap dgn Kelembapan nya thermometer



klik di sini untuk ke muka depan blog saya >> http://zali-agro-farm.blogspot.com/

DI bawah ni ialah mesin yang dah berusia 3 tahun aku guna sendiri, teruk da rupanya, tapi hasil tetas tip top sebab penjagaan suhu dan pemilihan telur yg baik. inkubator ni boleh menampung sehingga 70 biji telur ayam.



yang di bawah ni adalah 2 jenis yg berbeza kapasitinya, di sebelah kiri tu boleh tampung 100 lebih. dan di sebelah kanan pula sekitar 70 biji.






yg di bawah ni untuk 100 biji aku gunakan 10 biji mentol, ini bertujuan untuk kepanasan yg sekata. so far mantap beb hehe.kalau gunakan bekar yg tak beberapa tinggi so ada baiknya di letakkan jaring pada bahagian atas bekas air tadi supaya anak ayam tak terjun masuk dan lemas. maklum la, inkubator ni 2 dlm 1.






keadaan dalam inkubator tanpa bekas air.





puas hati kalau pakai thermometer digital ni, tak la susah nak baca suhu dlm mesin eram ni.






lama betul tak update blog dengan kisah2 terbaru dari "zali agro farm", sebab sedang mengumpul bahan2 cerita yg menarik utk di kongsikan bersama di sini. buat masa ni, anak ayam da mula menjadi2 hasil dari eraman dari "mesin pengeram" yg di buat sendiri. bila da tgk anak ayam makin menjadi terasa semangat skit nak kerja lebih kuat lagi. inkubator yg dulu di beli dari "apek Muar" tak lagi aku gunakan kerana lebih percaya dgn inkubator buatan sendiri.



bulan 5 ni genapla 2 tahun aku ternak ayam kampung. bersyukur betul dgn apa yug telah aku usahakan selama ni. segalanya berjalan lancar. target aku nak beli tanah tak kesampaian utk membuka ladang ternakan ayam kg. tak per, duit da ada, cuma survey tanah lain jer utk masa ni. ada jer dengar org nak jual tanah yg di fikirkan sesuai dlm semua segi aku "grab" terus.



memandang kan cuaca sekarang ni panas, mmg sangat baik untuk pengeraman telur dan kesihatan anak2 ayam. kadar penyakit pun kurang. kalau musim2 sejuk dan hujan ni, anak2 ayam banyak yg tak sihat. masa tu la kuar macam2 ubat , semua tu duit. bak kata org kos ubat untuk anak ayam yg sakit kalau di kira di tolak untung jual sekor ayam mmg menyedihkan. ia kerana untung tak seberapa, kos ubatan nya tinggi. sebab tu kalau di lihat di "farm-farm" yg besar, ada yg mengamalkan untuk membuang anak ayam yg berpenyakit. ini kerana mereka tidak mahu rugi di atas kos ubatan , dan satu lagi yg paling di takuti ialah penyebaran wabak penyakit semasa anak ayam di dlm kurungan nanti.



PERKARA SERIUS UNTUK DI AMBIL TAHU SUPAYA ANAK AYAM KEKAL SIHAT DAN DPT BERTAHAN SAMPAI USIA 2 MINGGU.

1) LOKASI REBAN DIDIK YG SESUAI
2) SUHU YG BAIK
3) PENGUDARAAN YANG BAIK
4) KEBERSIHAN
5) REBAN DIDIK YG SELESA MENGIKUT JUMLAH ANAK AYAM
6) PENGASINGAN MENGIKUT USIA
7) MINUMAN - DI TUKAR SETIAP HARI
8) MAKANAN - SESUAI MENGIKUT USIA ANAK AYAM
9) UBAT/VITAMIN
10) nyamuk
HURAIAN

1) LOkasi

kalau boleh lokasi reban didik untuk anak2 ayam ni biarla di tempat yg boleh di masuki cahaya matahari, tapi jgn pula guna teori letak reban kt tmpat kena cahaya panas secara terus. mmg niat untuk membiarkan reban tadi kering dan anak ayam dpt berehat dgn baik, tapi kalau da terlalu panas tak baik juga. leh jatuh sakit anak2 ayam tadi.

2) SUHu

suhu juga kena jaga dan diperhatikan setiap hari. jgn kita anggap ianya sudah mencukupi dengan mentol untuk bekalkan haba untuk anak ayam tadi dah dipasang . kalau boleh letakkan la sebuah thermometer untuk menyukat suhu dlm reban didik tadi. ini untuk mempastikan suhu di dlm keadaan yg baik. jika boleh jgn biarkan suhu jatuh ke paras 29c. suhu dlm lingkungan 30~32c cukup bagus. jarak mentol dan anak ayam juga perlu di pandang serius kerana, jika terlalu rendah organ dalam badan anak ayam akan rosak, maklumla baru jer menetas.

3) PENGUDARAAN YG BAIK

apa yg perlu ada pada setiap reban didik ialah sistem pengudaraan yg sempurna, di mana udara kotor leh keluar, dan udara bersih dpt masuk dgn baik. jgn duk tutup semua reban2 didik tu dgn guni atau apa saja, pastikan udara leh keluar masuk dgn sempurna.

4) KEBERSIHAN

reban didik akan mudah kotor apabila najis anak ayam tadi tidak di kemas kan dgn sempurna, jika boleh dalam seminggu ambil 1 hari masa untuk membersihkan lantai reban tadi. di khuatiri anak ayam akan mula memakan najis2 yg melekat di jaring lantai reban tersebut. selain itu, kebanyakan anak ayam mati di sebabkan terhidu gas ammonia hasil dari najis ayam itu sendiri secara berterusan.

5) REBAN DIDIK YG SELESA MENGIKUT JUMLAH ANAK AYAM

pastikan ruang untuk anak2 ayam tadi tu cukup selesa, dan tidak terlalu berasak2. jika ini berlaku anak2 ayam akan mula menjadi stress, dan akan mati. kita boleh lihat kenal pasti bagaimana caranya anak ayam ini menunjukkan ciri2 stress. salah satunya ialah dia akan membuat bising selama 2/3 hari kemudian akan mati . bila ini berlaku , periksa la dgn segera apa yg menyebabkan anak2 ayam ini bising. jika bukan faktor makanan telah habis menyebabkan anak ayam ini bising, sila cari punca yg tepat sebelum sekor demi seekor anak ayam tersebut menjadi murung dan mati.

6) PENGASINGAN MENGIKUT USIA

ada di antara kita yg mempunyai "mesin pengeram" yg bercampur masukan telurnya. maksudnya di sini, tarikh menetasnya berbeza2. apabila ini terjadi, maka, anak ayam yg menghuni di dalam reban didik akan berbeza2 umurnya. yg jadi masalah ialah apabila yg berusia lebih akan memijak anak ayam yg berusia kurang dari nya. ini kerana anak2 ayam yg besar ini akan sentiasa bermain dan ia menganggu emosi anak2 ayam yg baru masuk ke reban didik tadi.bila dah stress, anak ayam yg muda2 ni akan mati akhirnya.

7)MINUMAN - DI TUKAR SETIAP HARI

jika penternak yg gemar menggunakan pelbagai ubatan yg di larutkan bersama dgn air minuman, ada baiknya air minuman tadi di tukar setiap hari. Ini kerana untuk mengelakkan air minuman berubah rasa. kadang2 dari ubat boleh bertukar menjadi racun pula . kena ambil perhatian.

8) MAKANAN - SESUAI MENGIKUT USIA ANAK AYAM

Ramai antara kita yang masih lagi amalkan cara bila saja anak ayam keluar dari "mesin eram telur" da tegap atau berusia 2/3 hari terus masuk ke reban didik dan di letakkan makanan berserta air. sebenarnya ini tidak seharusnya di amalkan. apabila susah capai usia 3 hari praktikkan dgn memberi minuman sahaja dahulu sebelum di beri makan. ini adalah kerana, sistem pencernaan / perut anak ayam ini masih lembut lagi. jadi pada hari ke-4 baru la di beri makan. makanan yg di berikan itu pun perlulah daripada dedak yg halus, kalau boleh di berikan habuk dedak dahulu. hari demi hari baru la kita berikan dedak halus secara terus kepada anak2 ayam tadi. ini kerana perut2 anak ayam tersebut sudah mampu menerima makanan yg keras untuk di hadamkan oleh nya.kepada yg tidak pernah mengalami kematian anak ayam dgn cara tadi tak mengapalah, tapi saya tetap amalkan cara ini :) . sbb Prihatin

9) UBAT/VITAMIN

ubat dan vitmin sememangnya di perlukan untuk menjamin kesihatan anak2 ayam tersebut. tapi pemberiaan ubatan/vitamin ini perlulah pada usia yg sesuai. ada yg masuk jer anak ayam di reban didik terus di beri air bercampur dgn vitamin. bagi saya cara inilah yg dah banyak buat anak2 ayam saya tidur untuk selama2nya. jadi apa yg aku lakukan ialah dgn memberi minum vitamin pada usia anak ayam tadi 14 hari ke atas. ini kerana pada usia begini, anak ayam tadi sudah mula boleh menerima beberapa kejutan termasukla kejutan rasa :) . bila kasi anak2 ayam yg bawah dari 14 hari kita boleh lihat , kadar penerimaan mereka terhadap vitamin tadi tidak berapa kuat.

10) Nyamuk

banyak penyakit anak ayam berpunca dari gigitan nyamuk. simptom penyakit tadi boleh di lihat apabila anak2 ayam tadi telah mengalami masalah mata berair seterusnya menjadi buta.jadi gunalah kelambu selama 2/3 minggu. apa bila di dapati anak ayam tadi sudah boleh melindungi diri nya sendiri, kelambu tidak perlu di gunakan lagi untuk di pasnag di reban didik.


mesin eram telur/chicken incubator inside

ni la rupa anak ayam dalam "mesin eram" yang lama, tunggu semua habis menetas, baru la di cuci mesin ni semula. di sebabkan itula perlunya ada lebih dari 1 mesin eram boleh di "rotate" penggunaan nya. satu berjalan dan satu lagi kita bersihkan. so tak da la mesin akan terus menerus di jangkiti kuman dari kotoran anak ayam tadi.







1 comment:

  1. kat atas ni mesin eram aku yg pakai untuk sendiri punya hehe, tak cantik kalau org tengok , maklumla da 3 tahun berjasa hehe, kalau jual aku buat la yg elok2 :) .

    ReplyDelete

terima kasih di atas komen anda :)

 

2009 ·zali agro farm by TNB