Produk untuk jualan

rumput napier india

manual mesin eram

himpunan kisah dari 2007

HALAMAN

12/27/11

puyuh oh puyuh

sekarang ni musim puyuh menjadi2 pula bertelur di kg. pada mulanya abg sepupu memberikan 27 ekor puyuh hasilnya puyuh tadi bertelur dan membiak2  . di bawah ni adalah gambar2 anak2 puyuh tadi.
gambar induk dia nanti ada masa upload semula. kalau korang tgk gambar induk puyuh tu, ada yg sampai tercabut bulu tengkuk macam botak sebab bergaduh dan mengawan :).

 penjagaan puyuh ni sama juga macam anak ayam, cuma bezanya dia ni kuat makan sedikit,









 anak2 puyuh ni di letakkan dlm brooder khas utk elak serangan nyamuk dan sejuk angin luar.
 berkelambu :)

 gambar mesin eram yang di gunakan untuk eram telur puyuh dicampur dgn telur ayam kg dan daging :)







pada sesiapa yg berminat nak eram puyuh , call la saya di 012-9151424 zali, tunjuk ajar akan di berikan nanti . add FB zaliagrofarm@gmail.com

12/13/11

 haritu aku ada hantar mesin pengeram telur kepada sorang customer di rantau panjang, masjid tanah. apa yg aku dapati dia banyak ternak puyuh ni. asalnya dia ternak 6 ekor jer skrg ni dah ada beratus2 ekor. di tambah lagi dengan eraman guna mesin lagi bertambah2 anak puyuh dia. mmg menjadi2 betul. kebetulan pula ini kali ke-4 dia beli mesin dari aku, ada jiran aku order anak puyuh kat dia sekali so aku belikan dlm 50 ekor, besar2 gak hehe.
 anak2 puyuh ni di letakkan pada reban yg berasingan dan tidak di campur2.
 puyuh ni pun mcm ayam gak, dia makan dedak hitam gak.

 kolam ikan keli di bawah tu di convert menjadi reban puyuh :)


 kpd sesiapa yg nak bela puyuh boleh la tgk cara brother ni ternak, agak menarik dan menjadi2 betul puyuh dia.
 kalau berminat nak beli puyuh, call la dia di 012-6930643 k.

12/8/11

telur ayam di beli dari pasar melaka sentral da menetas

 ok ingat lagi tak mengenai telur yg aku beli di pasar melaka sentral lepas. tarikh masuk telur 20/11/11 . semalam da mula tebuk lubang 8/12/11 .cuba perhatikan macam ada tajam jer dekat telur ayam tu. telur angsa yg sebiji tu masih lagi menunggu hari jer ni. mungkin lagi 10/14 hari kot. sama2 la kita nanti k.
 telur kalau di beli dari pasar ni bukan nya semua ok, ada masa kalau kita beli 10 biji, 1 biji pun tak menjadi utk di eramkan. keadaan nya hampir serupa setiap kali membeli telur ayam dari pasar ni. aku beli telur ayam hari tu dekat 14 biji juga la. selepas 4 hari aku suluh, hampir separuh tiada urat darah, yg nampak urat darah pun tak kuat sangat jalinan darahnya . itu menandakan yg telur tadi telah di simpan lama. kalau kita semua nak tahu, lagi lama telur ni kita simpan, kadar tetasannya lagi rendah. benih nya akan lemah dan akhirnya masuk angin dan mati.



 telur yg coklat ni pulak, telur ayam daging. ingat tak telur yg 2 biji mula2 aku test masuk dulu, da menetas dan cargas anak2 ayam tadi. dari pemerhatian kita semua, warna kulit telur ni juga dah membolehkan kita mengetahui jenis ayam ni tadi. kalau ayam kg, telurnya lebih kepada warna krim dan putih. kalau jenis ayam daging , ia lebih bewarna coklat.
 da keluar pun sekor anak ayam ni , aku bangun jam 4 pagi tengok mesin eram da menetas :) . yg sebelah lagi tu masih lagi berusaha nak keluar la tu.
 huruf G. memang seawal aku menyuluh telur yg di label G ni jalinan darahnya mmg hebat, corak labah2 nya mmg jelas kelihatan, dan aktif..
 ni pula telur H, pun da mula retak
 ok 3 ekor da keluar, tinggal lagi sekor jer la  yg belum nak keluar. tp masa aku nak pi kerja tadi , aku tgk da menetas ke-4 nya.

kalau kita ada "kitchen tissue" / tisu dapur tu, boleh la letak atas jaring tadi, utk kasi anak2 ayam tadi lepak kejap. da agak tegap, kita boleh keluarkan anak2 ayam tadi utk di beri minum dan makan k. jgn biarkan dia lama sgt dlm mesin , nanti dia akan mudah kena sawan panas . kepala mula la melentok ke atas kaki kejang.

12/5/11

progress telur angsa dlm mesin eram yg di baiki

ok pasti ramai yg nak tahu berkaitan dengan telur2 angsa yg aku masukkan ke dalam mesin eram aritu.. ok untuk gambar di sebelah itu adalah keadaan semasa ia di suluh pada 24/11/2011 ... kelihatan urat darah nya baru nak terbentuk.



di sebelah bawah ni pula ialah progress terkini bagi telur angsa tersebut, keadaan ni membolehkan kita melihat dengan lebih jelas lagi jalinan urat darah dlm telur angsa tadi. telur ni telah di suluh pada 5/11/2011




ada perkembangan2 terbaru nanti aku update lagi :) tungggu
 

2009 ·zali agro farm by TNB